Salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua warga pendidik dan staf-staf Sk Batu 36..Saya Ambau Ak Lawieh selaku Guru Besar di sekolah tercinta ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada warga Sk Batu 36 yang beragama Islam dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya.Saya amat berharap sempena Aidilfitri pada tahun ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara staf-staf selaku tenaga penggerak sekolah ini demi mendidik anak bangsa dan berjasa kepada ibu pertiwi.Lupakanlah salah dan silap yang telah lalu,bukalah lembaran baru,tautkan kasih sayang sesama insan.Semoga kita sama-sama berbahagia di hari lebaran ini.
Baru-baru ini Sk Batu 36 telah terpilih untuk menyertai Petronas Science Edu Camp yang dianjurkan oleh Petronas.Kem ini telah berlangsung selama 3 hari.Para pelajar telah didedahkan dengan aktiviti-aktiviti sains dan juga permainan-permainan yang berasaskan sains bagi menarik minat para pelajar kepada mata pelajaran sains.Para fasilitator didatangkan khas dari Petrosains KLCC semata-mata untuk membimbing para pelajar kepada dunia sains
Pada tahun ini iaitu tahun 2009,kami warga Sk Batu 36 telah menubuhkan skuad bola sepak veteran Sk Batu 36 yang terdiri dari kalangan warga tenaga kerja Sk Batu 36.Kami juga telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah di dalam daerah Selangau.Tujuan ditubuhkan skuad ini adalah bagi merapatkan hubungan dikalangan staf-staf yang menjadi tulang belakang di Sk Batu 36 dan juga merapatkan hubungan di antara staf-staf Sk Batu 36 dengan sekolah lain. Majulah Sukan Untuk Negara !!!
Tahniah diucapkan kepada para peserta tarian Sk Batu 36 di atas kejayaan anda dalam mengharumkan nama sekolah kita kerana berjaya memenangi tempat pertama di dalam pertandingan tarian !2TKB peringkat daerah Selangau.Ini semua adalah hasil usaha dan titik peluh dari para peserta dan juga guru pembimbing Cik Haizum Farhana dan Puan Regina.Diharap agar pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan tahun demi tahun.
Seluruh warga Sk Batu 36 Selangau mengucapkan sekalung tahniah kepada Pasukan Bola Jaring 12 TKB kerana telah merangkul gelaran Johan bagi Pertandingan Bola Jaring 12 TKB Bahagian Sibu pada bulan Mac yang lepas.Warga Sk Batu 36 juga mengucapkan ribuan terima kasoh kepada tuan guru besar,En Ambau Ak Lawieh kerana telah member sepenuh sokongan dan bantuan bagi memastikan bahagian Selangau amnya dan Sk Batu 36 khususnya merangkul kejuaraan ini..Kekalkan pencapaian ini..
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM PERPADUAN SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA.DENGAN INI SAYA MENGUMUMKAN PELANCARAN BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 36,SELANGAU,SIBU,SARAWAK.TUJUAN DIADAKAN BLOG INI ADALAH UNTUK MEMBERI INFORMASI TERKINI TENTANG AKTIVITI-AKTIVITI SK BATU 36 KEPADA MASYARAKAT DAN PARA IBU-BAPA.INI BAGI MEMBOLEHKAN IBU-BAPA UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA SEKOLAHDI MANA TEMPAT ANAK-ANAK MEREKA MENUNTUT ILMU.PARA GURU JUGA DAPAT MERUJUK KEPADA LAMAN BLOG INI BAGI MENDAPAT BERITA-BERITA SK BATU 36 DAN BOLEH JUGA MENYEBARKAN INFORMASI ATAU MAKLUMAT DI DALAM LAMAN BLOG INI.SAYA AMAT BERHARAP AGAR SEKOLAH-SEKOLAH LAIN JUGA DAPATMEWUJUDKAN LAMAN-LAMAN SEBEGINI SEPERTIMANA MENGIKUT SARANAN KERAJAAN YANG MEMENTINGKAN MULTIMEDIA DAN ICT DI DALAM PEMBANGUNAN SEKOLAH YANG BERTERASKAN TEKNOLGI TERKINI.SEKIAN DARI SAYA.TERIMA KASIH...
Tahniah kepada pasukan bola sepak Sk Batu 36,Selangau kerana telah berjaya mendapat tempat kedua di dalam MSSR bahagian Selangau pada 24 Februari 2009.Di harap wakil bola sepak Sk Batu 36 akan lebih berusaha pada tahun hadapan untuk merangkul Johan Bola Sepak Bahagian Selangau pada 2010...COngratz!!
GURU PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN EN MOHAMAD FAIZAL B. SEMION
GURU PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN EN. ENRING AK SINGAM
TUNAS KADET REMAJA
EN. KANA AK USET (KETUA)
EN. SIMON AK ACHAN
EN. ENRING AK SINGAM
EN. ABD. MUTALIB B. NAWAWI
PUAN TIMAH KALAI
CIK CANCIRA A/P IGIAN
CIK HAIZUM FARHANA BT. MD YUSOF
CIK NORDINA INTAN BT. ABD. MALEK
PENGAKAP
EN. MOHAMAD FAIZAL B. SEMION (KETUA)
EN. JEFERY BIN. RAZAK
DAYANG ROHANA BT. AWANG MAHMUDDIN
WONG SIONG JIUNG
REGINA AK MARTIN
THIEN HUAT CHOY
MUHAMAD FAIZAL B. SEMION
MOHD HAZRI B. HASHIM
LAILI BT. ABDULLAH
PBSM
PUAN WINIFRED AK BAI
PUAN HASIMAH BT. JEMI
ENCIK MUHAMMAD ALI B. MD RASID
ENCIK SARUJIE AK MAT
CIK ANGELA ANAK LEBAN
ENCIK BERNARD AK PUSSO
CIK DORIS WONG SIEW LING
KELAB KOMPUTER
SIMON AK ACHAN
WINIFRED AK BAI
WONG SIONG JIUNG
KELAB SN/MT
DAYANG ROHANA BT. AWANG MAHMUDDIN
EN. MOHAMAD FAIZAL B. SEMION
CANCIRA A/P IGIAN
KELAB KEBUDAYAAN
HASIMAH BT. JEMI
REGINA AK MARTIN
CIK HAIZUM FARHANA BT. MD YUSOF
KELAB BAHASA
EN. JEFERY BIN. RAZAK
CIK NORDINA INTAN BT. ABD. MALEK
BERNARD AK PUSSO
KELAB P. ALAM & SEKITAR
EN. KANA AK USET
THIEN HUAT CHOY
PUAN TIMAH KALAI
DORIS WONG SIEW LING
KELAB J/ KAUNSELING
MUHAMMAD ALI B. MD RASID
SARUJIE AK MAT
LAILI BT. ABDULLAH
BOLA SEPAK/ TAKRAW
SIMON AK ACHAN
EN. MOHAMAD FAIZAL B. SEMION
MOHD HAZRI B. HASHIM
EN. ABD. MUTALIB B. NAWAWI
BOLA JARING
DAYANG ROHANA BT. AWANG MAHMUDDIN
REGINA AK MARTIN
CANCIRA A/P IGIAN
CIK NORDINA INTAN BT. ABD. MALEK
P. DALAM
WINIFRED AK BAI
HASIMAH BT. JEMI
PUAN TIMAH KALAI
CIK HAIZUM FARHANA BT. MD YUSOF
OLAHRAGA
SARUJIE AK MAT
THIEN HUAT CHOY
EN. ENRING AK SINGAM
ANGELA ANAK LABAN
S. SILAT
EN. JEFERY BIN. RAZAK
EN. KANA AK USET
MUHAMMAD ALI B. MD RASID
BADMINTON
WONG SIONG JIUNG
LAILI BT. ABDULLAH
BERNARD AK PUSSO
DORIS WONG SIEW LING
Sejarah Sekolah:
Tarikh penubuhan: April, 1977.
Pengasas:: TR. Jeti anak Ngerembang
Kaunselor Ludan
Pada masa dahulu sekolah ini terletak di Ulu Sungai Tamin. Pada tahun 1964, jalan raya yang menghubungi Sibu-Bintulu dibina. Secara kebetulan jalan raya ini merentasi depan kawasan sekolah ini. Ini menyebabkan sekolah ini agak dekat dengan bandar ketiga terbesar di Sarawak iaitu Bandar Sibu.
Pada masa dahulu. Jika penduduk di kawasan ini hendak pergi membeli keperluan harian, mereka terpaksa “undur” ke hilir iaitu ke Pekan Dalat dengan menggunakan perahu panjang yang terletak kira-kira 120 kilometer dari sekolah ini. Namun, pada masa sekarang, jika kita pergi ke Bandar Sibu yang terletak kira-kira 66 kilometer dari sekolah ini, ia hanya memakan masa kira-kira 55 minit sahaja.
Pada masa sekolah ini mula-mula dibuka, ia hanya mempunyai dua orang guru sahaja dan mempunyai 65 orang murid. Nama Guru Besar pertama ialah Encik Patrick Jakan, manakala Encik Jeti anak Ngerembang dilantik sebagai Pengerusi PIBG yang pertama.
Berikut adalah jadual ringkas yang menunjukkan Guru Besar dan Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru mulai tahun 1978 hingga sekarang.
Tahun
Guru Besar
Pengerusi PIBG
1978 hingga 1979
Encik Patrick Jakan
TR Jeti anak Ngerembang
1980 hingga 1985
Encik Benedict Sumar
Penghulu Rimau
1986 hingga 1994
Encik Francis John Daa
TR Jereman
1995 hingga 1996
Encik Romlee Mahran
TR Nyawin anak Judi
1997 hingga 2000
Encik Tommi Bin Basri
TR Nyawin anak Judi
2001 hingga 2002
Encik Peter Unan anak Ima
TR Nyawin anak Judi
2003 hingga 2004
Encik Ajang anak Sumbang
TR Nyawin anak Judi
2005 hingga sekarang
Encik Ambau Ak Lawieh
TR John Ak Ngerembang
Walaupun sekolah ini terpencil dan agak kecil pada masa dahulu, ia pernah dilawati oleh orang-orang kenamaan termasuk Perdana Menteri kita sekarang iaitu Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
Berikut adalah senarai nama orang-orang kenamaan secara kronologi.
Tarikh
Nama Pegawai / Orang Kenamaan
Jawatan
20-02-1977
YB Jawan Empalang
Setiausaha Perlimen Menteri Kesihatan
10-02-1977
Temenggong Jonathan Ranggau
Ketua Masyarakat
22-05-1983
Datuk Azmi Junid
Pengarah Pendidikan Sarawak
15-03-1985
Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Yg. Berbahagia Dato Abdul Rahman bin Haji Arshad
Yg. Berbahagia Dato Haji Idris Bin Haji Tain
Yg. Berbahagia Encik Omar Bin Mohd. Hashim
Menteri Pelajaran Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ( rombongan Menteri )
Pengarah Sekolah-Sekolah
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Bangunan Sekolah:
Pada mula sekolah ini dibuka, semua bangunan dibina secara gotong-royong oleh ibu bapa. Sebahagian bahan-bahan itu diperbuat daripada kayu belukar dan berlantaikan kayu gergaji yang kasar. Kerusi dan bangkunya juga dibuat oleh ibu bapa daripada papan dan kayu belukar. Semua atap bangunan itu diperbuat daripada zink tanpa dipasang langit-langit.
Pada awal tahun 1984, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah membina Blok Utama bilik darjah, dewan makan, berek-berek guru, dan sebagainya untuk menggantikan bangunan yang lama dan dibuat secara bergotong-royong.