Cuti sekolah telah pun bermula pada 20 November 2010 sehingga 2 Januari 2011. Selamat bercuti diucapkan kepada semua murid dan guru-guru.
Untuk pengetahuan semua, pendaftaran murid Sk Batu 36 bagi tahun 2011 adalah pada 2 Januari 2011 jam 2 petang. Kepada ibu bapa dapat membawa anak masing-masing ke sekolah pada hari tersebut. Bawalah wang yang mencukupi untuk urusan pendaftaran.
Kepada murid-murid yang ingin menduduki asrama, sila hadir pada 2 januari 2011 dengan membawa bersama pakaian dan kelengkapan harian anda.
Sekian dimaklumkan.
Saturday, November 20, 2010
Keputusan UPSR 2010
Keputusan UPSR telah pun keluar pada 11 November lepas. Untuk pengetahuan semua, keputusan UPSR bagi SK Batu 36, Selangau ialah sebanyak 71.13 peratus lulus. Peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding keputusan UPSR tahun 2009.
Seorang daripada pelajar sekolah ini juga telah mendapat keputusan 5A. Pelajar tersebut ialah Jessica Nawi anak Entemang. Selain itu juga, seramai 4 orang murid telah mendapat keputusan 4A 1B iaitu Nurul Aida bt Masot Salleh, Cryscyhia Tiffany anak Awelle, Yati anak Ali dan Jaqueline Suda anak John.
Pihak sekolah amat berbangga sekali kerana mendapat keputusan yang amat baik ini. Saya bagi pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya dalam UPSR. Kepada yang tidak berjaya, usaha lagi, usaha tangga kejayaan.
Di samping itu, saya bagi pihak sekolah juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru-guru yang terlibat terutamanya guru-guru tahun 6 yang telah bertungkus-lumus mengajar murid-murid untuk berjaya dalam UPSR secara langsung mahupun tidak langsung.

Tuesday, November 2, 2010
Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun
Kepada semua murid SK Batu 36, diucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir tahun 2010. Semoga semua murid dapat menjawab soalan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Saya doakan semua berjaya. InsyaAllah..
Peperiksaan telah pun bermula pada hari Isnin 1 November 2010 dan berakhir pada 4 November 2010.

Subscribe to:
Posts (Atom)